RSS

VISI, MISI, MATLAMAT UPM


VISI

Menjadi sebuah universiti bereputasi antarabangsa

MISI

Memberikan sumbangan bermakna kepada pembentukan kekayaan dan pembangunan negara serta kemajuan manusia sejagat menerusi penerokaan dan penyebaran ilmu.

MATLAMAT


Matlamat 1 : Menarik pelajar cemerlang dan menghasilkan graduan berilmu dan berdaya saing
Matlamat 2 : Melonjakkan tahap pencapaian penyelidikan dan inovasi ke peringkat antarabangsa
Matlamat 3 : Memperkasakan penglibatan komuniti untuk penjanaan dan perkongsian ilmu
Matlamat 4 : Memperkasakan UPM sebagai Pusat Kecemerlangan Pendidikan, Penyelidikan dan Perkhidmatan Pertanian, dan Biosumber Tropika
Matlamat 5 : Mempermantap tadbir urus dan pengurusan sumber
Matlamat 6 : Memperkasakan Sekolah Pengajian Siswazah Pengurusan (GSM) sebagai Top Business School

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS
Read Comments

SEJARAH UPM


Penubuhan Universiti Putra Malaysia mula dikesan sejak penubuhan Sekolah Pertanian pada 21 Mei 1931 yang memberi tumpuan dan penekanan kepada bidang pertanian di Tanah Melayu. John Scott, Pegawai Pentadbir Kerajaan Negeri-negeri Selat merangkap Pesuruhjaya Tinggi 'Ex-Officio' Negeri-Negeri Melayu Bersekutu pada masa itu, merupakan orang yang bertanggungjawab mengasaskan penubuhan Sekolah Pertanian yang berkeluasan 8.8 hektar di kawasan Serdang, Selangor. Sekolah ini yang bertujuan menyediakan pegawai-pegawai bagi Jabatan Pertanian telah beroperasi selama 10 tahun sehinggalah Sir Edward Gent, Gabenor Malayan Union telah mengisytiharkan bahawa Sekolah Pertanian tersebut dinaik taraf menjadi Kolej Pertanian Malaya pada 23 Jun 1947.Bermulanya kenaikan taraf kepada Kolej Pertanian Malaya pada 23 Jun 1947, kecemerlangan kolej ini semakin mendapat perhatian sehingga timbul cadangan untuk menaikkan taraf kolej ini menjadi sebuah universiti. Namun, hasrat ini tertangguh berikutan meletusnya darurat pada pertengahan tahun 1948. Pada tahun 1960, Fakulti Pertanian Universiti Malaya telah ditubuhkan dan pada 1 Jaunari 1962 satu status telah diluluskan untuk menjadikan Majlis Kolej Pertanian Malaysia sebagai satu pihak berkuasa Universiti Malaya.

Selaras dengan kepentingan sektor pertanian kepada ekonomi negara, peranan Kolej ini adalah sangat penting. Justeru, kerajaan telah memperuntuk sebanyak RM 7.9 juta bagi melaksanakan pembangunan dalam Rancangan Malaysia Pertama (1966-1970). Peruntukan yang diterima digunakan bagi mempertingkatkan pengambilah pelajar, membina dewan kuliah, meluaskan kawasan bagi perkembangan kolej, menambah makmal sains serta menambah bilangan pegawainya.Penubuhan sebuah universiti pertanian yang menawarkan program pengajian di peringkat ijazah semakin cerah apabila hasrat tersebut diutarakan oleh Tun Abdul Razak Hussein, Timbalan Perdana Menteri semasa merasmikan bangunan tambahan Kolej Pertanian Malaya di Serdang pada 31 Mac 1969. Penubuhan Universiti Pertanian Malaysia ini akhirnya menjadi satu kenyataan dan telah diaktakan sebagai satu Perintah Perbadanan yang ditandatangani oleh Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang Di Pertuan Agong di bawah Akta Universiti dan Kolej Universiti 1971, dan disiarkan menerusi Warta Kerajaan P.U. (A) 387 pada 29 Oktober 1971. 




Penubuhan UPM diasaskan oleh gabungan Kolej Pertanian Malaya, dengan Fakulti Pertanian, Universiti Malaya. Dr. Mohd Rashdan Baba adalah Naib Canselor yang pertama. Sebelum itu, Dr. Mohd Rashdan Baba merupakan Pengetua Kolej Pertanian Malaya dan 1965 hingga 1969. Bermula 23 Julai 1973, UPM telah memulakan sesi akademiknya dengan pengambilan seramai 1,559 pelajar. Pelajar-pelajar tersebut memulakan pengajian di tiga fakulti pengasas iaitu Fakulti Kedoktoran Veterinar dan Sains Petemakan, Fakulti Perhutanan dan Fakulti Pertanian. UPM telah mengeluarkan graduan pertamanya pada Majlis Konvokesyen pertamanya pada 30 Julai 1977. Pada awal tahun 1980-an, skop pengajian UPM telah dikembangkan dengan memperkenal bidang Sains dan Teknologi dalam bidang pengajian yang ditawarkan. Sebagai sebuah universiti yang dinamik dan sensitif kepada tuntutan semasa dan peningkatan pembangunan, secara peringkat derni peringkat UPM menambahkan bidang- bidang baru dalam program pengajiannya misalnya sains sosial dan kesenian, teknologi maklumat dan perubatan sebagai persediaan untuk menjadi Universiti abad ke-21. Universiti Pertanian Malaysia menempa satu lagi sejarah dengan pengisytiharan nama baru, iaitu Universiti Putra Malaysia (UPM) pada 3 April 1997 oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Dr.Mahathir Mohammad. Nama baru ini menggambarkan UPM menawarkan pelbagai bidang termasuklah sains dan teknologi di samping program berkaitan pertanian, perhutanan dan veterinar. Malah UPM masih terus memperkukuhkan bidang pertanian, termasuklah disiplin yang berkaitan dengannya selaras dengan dasar negara dan keperluan masyarakat.


  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS
Read Comments

5 cara untuk memilih sahabat,,

NASIHAT yang boleh diikuti dalam membina
persahabatan ialah sebagaimana pesanan Al-
Qamah (seorang sahabat Rasulullah saw) kepada
anaknya :

Pertama:
Pilihlah sahabat yang suka melindungi
sahabatnya, dia adalah hiasan diri kita dan jika kita
dalam kekurangan nafkah, dia suka mencukupi
keperluan... Kedua:
Pilihlah seorang sahabat yang apabila engkau
menghulurkan tangan untuk memberikan jasa baik
atau bantuanmu, dia suka menerima dengan rasa
terharu, jikalau ia melihat kebaikan yang ada pada
dirimu, dia suka menghitung-hitungkan
(menyebutnya).

Ketiga:
Pilihlah seorang sahabat yang apabila engkau
menghulurkan tangan untuk memberikan jasa baik
atau bantuanmu, ia suka menerima dengan rasa
terharu dan dianggap sangat berguna, dan jika ia
mengetahui mengenai keburukan dirimu ia suka
menutupinya.

Keempat:
Pilihlah sahabat yang jikalau engkau meminta
sesuatu daripadanya, pasti ia memberi, jikalau
engkau diam, dia mula menyapamu dulu dan jika
ada sesuatu kesukaran dan kesedihan yang
menimpa dirimu, dia suka membantu dan
meringankanmu serta menghiburkanmu.

Kelima:
Sahabat yang jikalau engkau berkata, ia suka
membenarkan ucapan dan bukan selalu
mempercayainya saja. Jikalau engkau
mengemukakan sesuatu persoalan yang berat dia
suka mengusahakannya dan jika engkau berselisih
dengannya, dia suka mengalah untuk
kepentinganmu.

Dalam memilih sahabat kita hendaklah memilih
sahabat yang baik agar segala matlamat dan
hasrat untuk memperjuangkan Islam dapat
dilaksanakan bersama-sama sahabat yang mulia.

Sucikanlah 4 hal dengan 4 perkara :
"Wajahmu dengan linangan air mata keinsafan,
Lidahmu basah dengan berzikir kepada
Penciptamu, Hatimu takut dan gementar kepada
kehebatan Rabbmu, ..dan dosa-dosa yang silam di
sulami dengan taubat kepada Dzat yang Memiliki
mu."


  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS
Read Comments

cikgu sin chan


Guru : Kenapa awak lambat?
Sin Chan: Kerana sebuah papan tanda.
Guru: Papan tanda mana ?
Sin Chan: Yang ada tulisan, "Sekolah di
hadapan, jalan pelahan."

*-*-*-*-*-*- *-*-*-*-* -*-*-*-*- *-*-*-
*-* -*-*-

Guru: Sin Chan, Macam mana awak eja
perkataan "BUAYA"?
Sin Chan: "B-O-O-W-A-Y- A"
Guru: Bukan, Salah tu. Sin Chan:
Mungkin itu salah , tapi Cikgu tanya
saya macam mana saya mengeja nya, itu
lah yang saya eja !

*-*-*-*-*-*- *-*-*-*-* -*-*-*-*- *-*-*-
*-* -*-*-*-*- *-*
Guru: Apakah formula untuk air?
Sin Chan: "HIJKLMNO"!!
Guru: Apa yang awak cakap tu?
Sin Chan: Kan kelmarin Cikgu kata H to
O!

*-*-*-*-*-*- *-*-*-*-* -*-*-*-*- *-*-*-
*-* -*-*-*-*- *-*

Guru: Sin Chan, Pergi ke Peta Dunia tu,
cari dan tunjuk mana Amerika
Utara.
Sin Chan: Di sini Cikgu, Sin Chan
menunjukkan tepat kat Peta dunia yang
tergantung kat hadapan kelas!
Guru: Betul. Sekarang, Kelas, Beritahu
saya siapa yang jumpa Amerika
Utara?
Kelas: Sin Chan Cikgu!

*-*-*-*-*-*- *-*-*-*-* -*-*-*-*- *-*-*-
*-* -*-*-*-*- *-

Guru: Sin Chan, beritahu satu perkara
penting yang kita tak ada 10
tahun dulu.
Sin Chan: Saya Cikgu!

*-*-*-*-*-*- *-*-*-*-* -*-*-*-*- *-*-*-
*-* -*-*-*-*- *-*

Guru: Bagaimana kita boleh mengelak
penyakit yang di sebabkan oleh
gigitan serangga?
Sin Chan: Jangan kena gigitserangga.

*-*-*-*-*-*- *-*-*-*-* -*-*-*-*- *-*-*-
*-* -**-*-*-* -*

Guru: "Boleh tak sesiapa beritahu saya
perkara yang kamu tahu berlaku
secara kebetulan?"
Sin Chan: "Cikgu, Ibu dan Bapa saya
berkahwin pada hari yang sama,
pada masa yang sama dan juga pada waktu
yang sama."

*-*-*-*-*-*- *-*-*-*-* -*-*-*-*- *-*-*-
*-* -*-*-*-*- *-*

Guru: Sin Chan, aneh sungguh stokin
yang awak pakai ni, satu warna
hijau berbintik hitam dan satu lagi
berwarna merah berbintik biru. !
Sin Chan: Ya betul Cikgu, memang nampak
aneh, saya pun hairan kerana
terdapat sepasang lagi dengan warna
yang sama kat rumah .

*-*-*-*-*-*- *-*-*-*-* -*-*-*-*- *-*-*-
*-* -*-*-*-*- *-*

Guru: Sekarang, Sin Chan, Sebetulnya
beritahu saya dengan jujur adakah
awak berdoa sebelum makan?
Sin Chan: Tidak Cikgu , Saya tak perlu
buat begitu , kerana saya tahu
ibu saya adalah seorang tukang masak
yang bagus.

*-*-*-*-*-*- *-*-*-*-* -*-*-*-*- *-*-*-
*-* -*-*-*-*- *-*

Guru: Sin Chan, Karangan awak "Anjing
saya" adalah sama seperti yang di
karang oleh Adik awak. Adakah awak
meniru kerja dia?
Sin Chan: Tidak Cikgu, ia hanya lah
anjing yang sama!

*-*-*-*-*-*- *-*-*-*-* -*-*-*-*- *-*-*-
*-* -*-*-*-*- *

Guru: Siapakah orang yang kita panggil
yang tak henti henti bercakap
tetapi orang tak berminat nak dengar?
Sin Chan: Seorang Guru, Cikgu!

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS
Read Comments

PERSAHABATAN ITU,



Persahabatan itu...

* Persahabatan itu umpama dakwat dan kertas. Dakwat memberi erti apabila tercatatnya ia di atas kertas.

* Persahabatan itu umpama kuku dan jari. Tanpa kuku jari tiada seri.

* Persahabatan itu umpama daun dan bunga. Cantiknya bunga kerana di sisinya ada daun yang cantik.

* Persahabatan itu umpama nasi dan lauk. Tanpa keduanya hilanglah selera laparlah perut.

* Persahabatan itu umpama gincu dan bibir. Calitkan gincu agar bibir terserlah keayuannya.

* Persahabatan itu umpama deria manusia. Tanpa salah satunya, hilang lah nikmat merasa.

* Persahabatan yang terjalin antara kita jangan di putuskan hanya kerana kita berbeza pandangan.

Aku mahu jadi sahabatmu, aku mahu jadi pendengarmu, aku mahu sentiasa bersahabat walau apa pun terjadi kerana semuanya sahabat sejatiku...


 

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS
Read Comments

Puisi : Sepi Sekeping hati

Dingin malam seakan mengigit hati..
Nan sepi tersisih di pinggir derita..
Tanpa berteman..
Tanpa kemanisan..
Sendirian..
Di temani dian malam yang kian kelam cahayanya..

Sepi sekeping hati ini..
Ingin sekali ku khabarkan padamu..
Yang hadir tiap detik hanya kelukaan..
Mungkinkah ada pengertian antara kita??..
Kau pernah terluka dan aku jua..
Sama-sama merasa pedihnya..

Aku menagis kerna dia
Tapi......
Kehadiranmu..
Membawa khabar gembira yang dulu hilang...
Niatmu nan suci itu..
Tak ingin ku pinggirkan..
Namun...
Menganyam angan denganmu...
Bagai satu mimpi...

Bagaimana dapatku nyatakan...
Diri ini tak seindah bidadari impianmu...
Terasa kerdilnya menyulam kasih itu...
Namun...
Aku rela...
Walaupun secebis ruang hatimu...
Kau simpan untuku..

Kelam malam kian menyedarkan aku...
Tak usah leka..
Yakinilah aku...
Hati ini kan ku simpan untukmu...
Andai kau sudi di sampingku...
Dan selalu setia..
Hanya untukmu..



  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS
Read Comments

Rahsia Personaliti Dari Bulan Islam Kelahiran





Rahsia Personaliti Dari Bulan Islam Kelahiran

Sekiranya anda mengetahui pada bulan Hijrah anda dilahirkan, menurut pengetahuan tradisional bulan itu mempunyai pengaruh yang tersendiri terhadap perilaku. Dicatatkan bagi menambahkan pengetahuan:

Muharram
Bersifat pendiam, sihat fikirannya. Mungkin akan menjadi bodoh jika tidak mendapat didikan yang sempurna, walaupun begitu, jika dididik dengan baik, dia boleh menjadi cerdik kerana bakat fikiran yang pintar cerdas ada padanya. Dia mempunyai keinginan yang baik dan selalu berada dalam selamat.

Safar
Tabiatnya buruk. Dia tidak suka mengakui kesalahannya. lbubapanya perlu mendidiknya bagi menghilangkan tabiat buruk itu, jika tidak, kehidupannya akan menjadi susah di kemudian hari. Walaupun begitu, sekiranya dia melakukan sesuatu untuk kepentingan dirinya, selalunya ianya akan mendatangkan hasil.

Rabiul Awal
Perwatakannya baik. Mungkin dia akan mendapat pangkat besar, menjadi orang berpengaruh atau kaya tanpa diduga. Dalam pekerjaan ramai yang suka. Sifat negatif dirinya termasuklah kurang sabar, hatinya keras dan mudah marah.

Rabiul Akhir
Perwatakannya jahat. Hatinya tidak tetap. Fikiran dan kemahuannya lemah, buruk nafsunya, kasar wataknya, mudah mengangkat tangannya. Kehidupannya menjadi sukar kerana tabiat buruknya itu. Ibubapa menempuh kesukaran dalam mendidiknya.

Jamadil Awal
Dia mempunyai tingkat keyakinan yang tinggi. Dia berani dan nekad, kadangkala melakukan sesuatu yang bodoh atau bahaya. Walaupun begitu, keberanian dan tekadnya itu akan menunjukkan hasil usahanya, yang menemui kegagalan juga.

Jamadil Akhir
Wataknya berani, dia hormatkan orang lain. Berbagai kepandaian ada padanya. Apabila dia tahu bahawa dia salah atau keliru maka dia mudah mengakuinya, tapi bila dia tahu dia benar, pendiriannnya keras dan tidak mahu mengalah. Semasa kecilnya, ibubapanya perlu mendidiknya dengan baik agar terserlah sifat-sifatnya yang baik itu, kerana jika betul didikannya, masa dewasa ia akan menyenangkan kedua orang tuanya.

Rejab
Semasa kecilnya dia degil dan nakal. lbu bapanya patut mendidiknya dengan baik agar dia dapat menerapkan nilai-nilai yang baik. Ketika sudah dewasa, dia suka bersikap merendah diri dan bersikap tidak tahu menahu. Ini agak berlainan dari sikapnya semasa kecil. Walau bagaimanapun hidupnya selamat dan sentosa.

Sya'aban
Perwatakannya baik. Hidupnya selamat dan rezekinya tidak putus-putus. Sewaktu kecilnya dia mudah mengalah semasa bermain dengan kawan-kawan. Kelakuannya baik, berbudi bahasa hingga semua orang sayang padanya. Masa dewasanya dia akan berjaya dalam segala kerjayanya dan mudah mendapat rezeki.

Ramadhan
Dia baik, pendiam, suka merendah diri. Dia tidak angkuh kepada teman yang dikenalinya. Dia tidak suka menonjolkan diriya. Kehidupannya selalu selamat.

Syawal
Perwatakannya keras. Hatinya keras. Dia tidak suka dikalahkan oleh orang lain. Hal ini membahayakan hidupnya, oleh itu ibu bapanya perlulah mendidiknya dengan betul bagi menghilangkan tabiat buruknya itu. Jika tidak kehidupannya menjadi susah kerana perangai keras hatinya, dan dia selalu bergaduh terutamanya dalam hal mencari rezeki.

Zulkaedah
Perwatakannya pendiam. Banyak perkara baik pada dirinya berubah menjadi buruk. Dia banyak berfikir, kerana sifat ini, satu hari nanti dia akan mendapat hasil yang baik dalam kehidupannya. Tetapi oleh kerana banyak berfikir, perbuatannya kadang kala menjadi keliru. Dia seharusnya bertindak tanpa terlalu banyak berfikir untuk mendapat hasil yang yang memuaskan.

Zulhijjah
Jika dia jahat dia terlalu jahat, jika baik terlalu baik pula. Dia sering mendapat padah dari perbuatannya sendiri. Dia sukar mengawal perasaannya, kadangkala terlalu berlebih-lebihan atau sebaliknya. 0leh kerana dia tidak dapat memberikan garis pemisah, dia sukar mempertimbangkan baik buruk perbuatannya. Dia seringkali menyesal kerana kurang hati-hati dan kurang pertimbangan.
 

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS
Read Comments

cara menguap berdasarkan islam,,,,




Daripada Abu Hurairah r. a. bahawasanya Baginda Rasulullah saw bersabda bermaksud: “Sesungguhnya Allah swt suka orang yang bersin, dan membenci orang yang menguap. Maka apabila seseorang kamu bersin, lalu dia mengucapkan 'Alhamdulillah' , maka adalah hak atas setiap Muslim yang mendengarnya pula mengucapkan 'Yarhamukallah! '.Adapun menguap itu adalah daripada syaitan. Maka apabila seseorang kamu menguap,hendaklah dia menahannya sekadar termampu. Sebab sesungguhnya apabila seseorang menguap, syaitan akan mentertawakannya.

(Hadith Riwayat Bukhari)


Daripada Abu Said Al-Khudri r. a., katanya : Telah bersabda Rasulullah s. a. w. yang bermaksud: “Apabila seseorang kamu menguap, hendaklah dia meletakkan tangannya pada mulutnya, kerana sesungguhnya syaitan itu akan masuk (melalui mulut yang terbuka).”


(Hadith Riwayat Imam Muslim)


Nabi Muhammad saw bersabda maksudnya: “Sesungguhnya Allah suka kepada orang -orang yang bersin, dan membenci orang-orang yang menguap. Maka apabila seseorang kamu menguap, jangan sampai berbunyi, kerana yang demikian itu daripada syaitan yang mentertawakanmu.”


(Hadith riwayat Imam Muslim, Ahmad dan At-Tirmidzi)


Daripada Abdullah bin Az-Zubair r. a., katanya: Telah bersabda Rasulullah saw yang bermaksud: “Sesungguhnya Allah swt membenci sesiapa yang mengangkat suara ketika menguap dan bersin.”


(Hadith riwayat Imam Muslim, Ahmad dan At-Tirmidzi)


Pengajaran daripada maksud hadith, antara adab-adab menguap dan bersin:


1. Berusaha menahan menguap sekadar termampu terutama ketika solat.

2. Meletakkan tangan di atas mulut untuk menahan menguap sama ada di dalam atau di luar solat.

3. Makruh mengeluarkan suara dan mengangkat bunyi ketika menguap atau bersin.

4. Sunat ketika bersin mengucapkan “Alhamdulillah” dan orang yang mendengarnya pula mengucapkan “Yarhamukallah” .

5. Sunat mengucapkan “Astaghfirullah” selepas menguap.

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS
Read Comments

Kisah Rasul: Jadi rasul ketika 40 tahun

NABI s.a.w mendapat wahyu pertama pada malam 17 Ramadan bersamaan 6 Ogos 610 Masihi ketika bertahannus di Gua Hira. Datang Jibril membawa tulisan dan meminta Nabi s.a.w membacanya, tetapi baginda mengatakan tidak dapat membaca beberapa kali.

“Bacalah (wahai Muhammad) dengan nama Tuhanmu yang menciptakan (sekalian makhluk). Ia menciptakan manusia daripada sebuku darah beku. Bacalah dan Tuhanmu Yang Maha Pemurah. Yang mengajar manusia melalui pena dan tulisan. Ia mengajar manusia apa yang tidak diketahuinya.” (Surah al-’Alaq:1-5)

Detik itu bermulanya baginda diangkat menjadi Rasulullah (utusan Allah) untuk menyampaikan risalah kepada seluruh umat manusia, bukannya terbatas pada satu kaum atau suku bangsa.

Usia baginda ketika itu 40 tahun 6 bulan dan lapan hari (mengikut tahun Qamariyah - tahun orang Islam berdasarkan kiraan bulan) atau 39 tahun tiga bulan dan lapan hari (tahun Syamsiah - kalendar berdasarkan matahari).

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS
Read Comments

Kekufuran bawa kerugian dunia dan akhirat




SYEIKH Sya'rawi berkata : "Sesungguhnya risalah yang dibawa Rasulullah SAW amat jelas. Inilah yang termaktub dalam kitab Samawi. Maka apakah yang menjadikan kamu hai ahli Kitab, tidak beriltizam jalan kebenaran sedangkan kamu menjadi saksi? Sudah pasti telah disentuh kepada mereka syubhah. Sesungguhnya Allah tidak lupa apa yang mereka lakukan."

Ayat 100

Firman Allah SWT yang bermaksud : Wahai orang-orang yang beriman! Jika kamu taat akan sesuatu puak dari orang-orang (Yahudi dan Nasrani) yang diberikan kitab itu, nescaya mereka akan mengembalikan kamu menjadi orang-orang kafir sesudah kamu beriman.

Sebab Nuzul

Mengikut riwayat Zaid bin Aslam kerana adanya peristiwa kegemparan besar di antara orang-orang Ansar. Iaitu orang-orang Yahudi (seperti Syas bin Qis) cuba memecahbelahkan persatuan dan kerukunan antara orang-orang Ansar Madinah. Mereka itu telah mengungkit sejarah permusuhan dan peperangan kedua-dua suku orang-orang Ansar yang terdiri dari suku al-Aus dan al-Khazraj yang terjadi kira-kira 120 tahun sebelum kebangkitan Nabi SAW yang lalu. Kejadian membangkitkan permusuhan antara suku-suku tersebut telah menjadikan kegemparan besar hampir mengakibatkan pertumpahan darah di antara orang-orang Ansar.

Iktibar dan fiqh ayat :

i. Ibnu Kathir berkata : "Allah memberi ancaman dan amaran kepada hamba-hamba-Nya yang beriman supaya jangan mentaati golongan ahli Kitab yang berhasad dengki terhadap orang yang beriman."

ii. Ibnu Jauzi berkata : "Kebanyakan ahli tafsir berpendapat ayat ini ditujukan kepada Aus dan Khazraj. Zaid bin Aslam berkata dikehendaki kumpulan ialah Syas bin Qis al-Yahudi dan sahabat-sahabatnya."

iii. Syeikh Sya'rawi berkata : "Orang kafir sentiasa tidak tenang dengan ayat-ayat Allah melainkan cuba menggugat orang beriman pada agama mereka."

iv. Al-Maraghi berkata : "Wahai orang yang beriman, jika kamu mendengar sesuatu perbicaraan yang menimbulkan fitnah daripada golongan Yahudi, lalu kamu berbicara lemah lembut dengan mereka dan bersetuju dengan apa yang diserukan kepadamu nescaya kamu akan kembali menjadi kafir semula padahal sebelum ini kamu sudah beriman. Kekufuran menyebabkan kerugian di dunia dan akhirat. Di dunia ialah timbulnya permusuhan dan kebencian serta berkobarnya fitnah, sehingga menimbulkan peperangan. Di Akhirat tidak perlu diberi penjelasan lagi."

Ayat 101

Firman Allah SWT yang bermaksud : Dan bagaimana kamu akan menjadi kafir padahal kepada kamu dibacakan ayat-ayat Allah (Al-Quran), dan dalam kalangan kamu ada Rasul-Nya (Muhammad SAW)? Dan sesiapa berpegang teguh kepada (agama) Allah, maka sesungguhnya ia telah beroleh petunjuk hidayah ke jalan yang betul (lurus).

Iktibar dan fiqh ayat :

i. Ibnu Kathir berkata : "Berpegang dengan Allah, bertawakal kepada-Nya adalah pokok serta asas dalam hidayah, di samping itu ia menjadi bekalan untuk menjauhkan kesesatan dan wasilah kepada petunjuk."

ii. Ibnu Qutaibah berkata : "Siapa yang enggan atau menegah iaitu yang benar-benar berpegang dengan Allah sudah pasti mendapat petunjuk ke jalan yang lurus."

iii. Al-Maraghi berkata : "Barang siapa berpegang teguh dengan agama Allah SWT, kitab-Nya, dan Rasul-Nya nescaya dia akan memperoleh petunjuk ke jalan yang lurus. Ibaratnya kamu berkata kepada temanmu: "Jika aku mendatangi si fulan, tentulah aku akan gembira kerana ketika itu dia sedang berada di ambang kebinasaan dan perasaan kebimbangan tidak mempengaruhinya lagi."

iv. Qatadah berkata : "Pada ayat ini disebutkannya dua perkara yang dapat mencegah seseorang daripada terjerumus ke lembah kekafiran. Pertama, dengan cara membaca kitab Allah yang benar. Kedua, perutusan rasul kepada mereka. Meskipun Rasulullah SAW telah pergi menghadap Allah SWT, namun al-Quran tetap kekal sampai tibanya Hari Kiamat."

v. Al-Sonhadji berkata : "Pertanyaan yang dikemukakan oleh Allah dalam ayat ini merupakan "Istifham Ta'ajub dan Taubikh" ertinya pertanyaan yang mengandungi rasa kehairanan dan celaan ditujukan kepada sahabat-sahabat Nabi kaum Ansar daripada suku kaum al-Aus dan al-Khazraj yang disebutkan kisahnya dalam huraian ayat yang lalu."

vi. Muhammad Quraish Shihab berkata: "Penutup ayat ini memberi isyarat bahawa Rasulullah SAW akan meninggalkan mereka. Namun kesesatan tidak akan menyentuh mereka selama berpegang teguh dengan kitab suci al-Quran dan sunah Rasulullah SAW walaupun baginda telah pergi meninggalkan sekalian manusia."

Marilah kita berpegang teguh dengan ajaran Islam iaitu mengikut al-Quran dan sunnah Nabawiyah yang menjadi sumber utama bagi mencapai hidayat Allah. Inilah sebesar-besar nikmat. Semoga kita mencapainya. Amin.

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS
Read Comments

Solat duha sebagai roh rezeki



 
REZEKI melimpah, halal dan berkat adalah dambaan atau keinginan setiap orang, apatah lagi disertakan dengan kedudukan yang mulia dan ilmu yang bermanfaat.

Namun untuk mencapai kenyataan itu bukanlah mudah. Ini kerana wang yang melimpah dan kedudukan yang tinggi bukanlah sesuatu yang dapat membawa serta menjamin keberkatan hidup yang sejati.

Ini membuktikan rezeki yang melimpah tidak menjamin kehidupan yang berkat. Rezeki yang melimpah juga tidak menjamin hidup yang harmoni, bahagia dan tenang.

Allah berfirman: Sekiranya Allah melapangkan rezeki kepada hamba-hambanya tentulah mereka melampaui batas pada muka bumi tetapi Allah menurunkan apa yang dikehendakinya dengan ukuran tertentu. Sesungguhnya Allah Maha Mengetahui lagi Maha Melihat keadaan hamba-hamba-Nya. (asy-Syura: 27)

Kita sering melihat orang yang diberi rezeki yang melimpah tetapi menggunakan kekayaan mereka bagi mengingkari Allah, membelanjakan pada jalan sesat dan digunakan bagi mencari tempat di neraka. Bukankah itu kebodohan yang nyata?

Sedangkan kita selalu diingatkan serta dinasihatkan oleh Allah supaya memakan rezeki yang baik dan jangan mengikut jejak syaitan. Sesungguhnya, syaitan adalah musuh yang nyata.

Rezeki yang halal dan berkat dapat membawa manusia menuju ketenteraman hati. Ia juga dapat membawa kemuliaan di sisi Allah. Insya-Allah, kita dapat mencapainya dengan mengerjakan solat duha.

Solat Duha adalah solat yang berkait rapat dengan rezeki sama ada dipermudahkan rezeki, rezeki yang diberkati, kemanfaatan rezeki dan pahala yang tinggi nilainya. Manakala di akhirat pula, Allah menyediakan pintu khusus baginya memasuki syurga.

Hal ini telah dijelaskan dalam banyak hadis Rasulullah SAW. Nabi pernah berwasiat kepada sahabat terdekatnya iaitu Abu Dzar al-Ghifari supaya melaksanakan solat Duha, solat Witir dan puasa tiga hari dalam setiap tengah bulan.

Kekasihku Muhammad berwasiat kepadaku supaya berpuasa tiga hari pada setiap bulan, mengerjakan solat duha dua rakaat dan solat witir sebelum tidur. (riwayat Bukhari, Muslim dan Abu Daud daripada Abu Hurairah)

Pun begitu, kita perlu menyedari bahawa solat duha dilakukan bukan semata-mata mengharapkan rezeki, ia dapat mendekatkan diri kepada Allah.

Yang pasti, solat duha menambah amal soleh. Malah Allah turut akan mengampunkan dosa-dosa kita, seandainya ia dikerjakan secara istiqamah.

Lantaran itu, kekuatan spiritual yang terdapat dalam solat ini mempengaruhi kepentingan duniawi dan ukhrawi. Secara tidak langsung, ia memenuhi dua aspek iaitu kepentingan bagi kejayaan di dunia dan kebahagiaan

di akhirat kelak.

Oleh itu, tidak hairanlah mengapa Nabi Muhammad SAW banyak menganjurkan amalan solat duha ini. Bertepatan dengan seruan itu, PTS Millennia Sdn. Bhd. telah mengambil inisiatif menerbitkan buku berjudul Magnet Rezeki dengan Solat Duha yang telah diterjemahkan daripada buku Menyingkap Mukjizat Shalat Dhuha karya Muhammad Mokhtar.

Buku ini memotivasikan kita agar tidak sahaja kaya wang tetapi pada masa sama membina kekayaan jiwa demi kebahagiaan di sana.

Ia juga membongkar rahsia memperoleh rezeki yang melimpah-ruah melalui wahana solat duha. Ia membuka perspektif baru mengenai rezeki dan kekayaan bagi seorang Muslim.

Disokong dengan bukti-bukti yang menjelaskan bahawa melalui solat duha yang istiqamah, sesiapa sahaja mampu memperoleh rezeki yang berganda dan diberkati.

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS
Read Comments

Pengajaran peristiwa Israk dan Mikraj

 PERISTIWA Israk dan Mikraj merupakan perjalanan dan mukjizat agung yang dikurniakan oleh Allah kepada manusia yang paling layak dan teragung, Rasulullah SAW.

Dalam perjalanan tersebut diperlihatkan kepada Baginda SAW pelbagai gambaran dan pemandangan dari alam penuh rahsia yang kesemuanya itu mengandungi pelbagai hikmah dan hakikat yang akhirnya bersangkut paut dengan apa yang berlaku di alam zahir ini dari urusan dan kehidupan para hamba.

Peristiwa Israk dan Mikraj penting untuk dihayati terutamanya manusia zaman kini yang semakin jauh dari dapat menyelami hikmah-hikmah Ilahi. Sesungguhnya Israk dan Mikraj menyimpan pelbagai rahsia dan membongkar pelbagai pengajaran, peringatan dan kelebihan terutamanya kedudukan Rasulullah SAW yang istimewa di sisi-Nya.

Pengajaran Tentang Solat

Antara pengajaran terpenting yang diperolehi daripada perjalanan Israk dan Mikraj ialah tentang solat. Di antara kefarduan solat dan mukjizat Israk dan Mikraj, terdapat hubung kait yang begitu mendalam dan erat, sehingga munasabahlah dinamakan solat itu sebagai al Mikraj al Ruhi.

Apabila Mikraj Nabi kita SAW dengan jasad dan rohnya ke langit sebagai suatu mukjizat, maka Allah SWT menjadikan bagi umat Muhammad SAW Mikraj Roh pada setiap hari sebanyak lima kali. Di mana roh dan hati mereka pergi menemui Allah bagi memastikan mereka bebas dari kekangan hawa nafsu dan menyaksikan keagungan Allah, kekuasaan serta keesaan-Nya, sehingga mereka menjadi orang yang mulia di atas permukaan bumi ini.

Kemuliaan yang diperolehi bukan dengan jalan penindasan, kekuatan dan kemenangan, tetapi dengan jalan kebaikan dan ketinggian, jalan kesucian dan kemuliaan serta jalan solat.

Tidaklah solat itu sekadar robot atau pergerakan alat-alat yang tidak mempunyai makna, tetapi ia adalah sebuah madrasah yang mendidik kaum mukminin atas semulia-mulia makna kebaikan, kecintaan dan kemuliaan dalam menempuh kesesakan hidup, hiruk-pikuk dan kejahatannya.

Solat merupakan sebesar-besar amalan dalam Islam. Sesiapa yang memeliharanya, maka dia akan memperolehi kebahagiaan dan keuntungan. Sesiapa yang meninggalkannya, maka dia akan memperolehi kecelakaan dan kerugian.

Allah SWT telah memfardukan solat ke atas hamba-hamba-Nya yang beriman supaya ia menjadi penghubung dengan hadrat-Nya, peringatan tentang keagungan-Nya dan tanda kesyukuran hamba-Nya atas nikmat yang dicurahkan-Nya.

Ia merupakan asas bagi mencapai kejayaan dan kebahagiaan di dunia dan akhirat. Sabda Rasulullah SAW: "Amalan pertama yang dihisab bagi hamba pada hari kiamat adalah solat. Sekiranya solatnya itu baik, maka baiklah segala amalannya. Sekiranya solatnya itu rosak, maka rosaklah segala amalannya yang lain". (Diriwayatkan oleh al Tabrani di dalam al Awsot juga disebut di dalam Majma' al Zawaid (1/291)).

Tidak menjadi suatu perkara yang pelik apabila solat dijadikan sebagai kepala amalan. Sesungguhnya dengan melazimkan diri menunaikan solat secara sempurna dengan khusyuk dan khudhu' kepada Allah, akan menanam di dalam jiwa sifat muraqabah kepada-Nya.

Sesiapa yang telah mencapai muraqabatullah, akan berasa takut kepada-Nya, bertakwa kepada-Nya, menunaikan perkara yang menjurus kepada keredaan-Nya, berkata benar apabila berbicara, menunaikan janji apabila berjanji, menunaikan amanah, bersabar ketika ditimpa kecelakaan dan bersyukur dengan nikmat-Nya.

Firman Allah SWT dalam surah al-Maarij ayat 19 hingga 23: Sesungguhnya manusia itu dijadikan bertabiat resah gelisah (lagi bakhil kedekut). Apabila dia ditimpa kesusahan, dia sangat resah gelisah. Dan apabila dia beroleh kesenangan, dia sangat bakhil kedekut; kecuali orang-orang yang mengerjakan solat. Iaitu mereka yang tetap mengerjakan solatnya.

Seorang hamba yang memelihara solatnya dengan sempurna, tidak akan terleka daripada muraqabatullah dalam kesibukan dan urusan sehariannya. Sesungguhnya sesiapa yang memelihara solatnya dengan menunaikannya dengan khusyuk, akan diampunkan dosanya dan dikasihi oleh Tuhannya.

Sabda Rasulullah SAW: "Sesungguhnya setiap solat itu menghapuskan kesalahan yang dilakukan di hadapannya". (riwayat Imam Ahmad dan al Tabrani).

Sabda Baginda SAW lagi: "Sesiapa mengetahui bahawa solat itu adalah hak yang wajib, maka dia masuk syurga". Diriwayatkan oleh Imam Ahmad, al Baihaqi dan al Hakim).

Sesiapa yang tidak memelihara solatnya, maka dia diharamkan di dunia daripada memperolehi nikmat keberkatan, taufik dan kebaikan serta akan diazab selepas kematiannya dengan dihentakkan kepalanya ke batu.

Setiap kali kepalanya itu pecah, akan dikembalikan seperti keadaan asalnya. Dia juga akan datang pada hari kiamat tanpa cahaya, petunjuk keimanan dan diharamkan terselamat dari azab, kehinaan dan kerendahan.

Wahai kaum Muslimin! Bertakwalah kalian kepada Allah dan peliharalah solat serta tunaikanlah kerana Allah pada waktunya dengan khusyuk. Tiada yang menghalang kalian untuk menunaikannya walaupun disebabkan kesejukan dan juga pekerjaan.

Bermujahadahlah sehingga kalian tidak mengabaikan menunaikan solat Subuh pada waktunya tatkala kalian berseronok menikmati kelazatan tidur dan ketika malas. Begitu juga bermujahadahlah sehingga kalian tidak lalai menunaikan solat Asar kerana terlalu sibuk mendahulukan pekerjaan.

Berhati-hatilah kalian agar harta, perniagaan, kemegahan, takhta, pemerintahan dan kementerian tidak menyibukkan kalian dari menunaikan solat.

Jadilah kalian dari kalangan mereka yang tergolong dalam firman Allah SWT yang maksud-Nya: (Ibadat itu dikerjakan oleh) orang-orang yang kuat imannya yang tidak dilalaikan oleh perniagaan atau berjual-beli daripada menyebut serta mengingati Allah, dan mendirikan solat serta memberi zakat; mereka takutkan hari (Kiamat) yang padanya berbalik-balik hati dan pandangan. (Mereka mengerjakan semuanya itu) supaya Allah membalas mereka dengan sebaik-baik balasan bagi apa yang mereka kerjakan, dan menambahi mereka lagi dari limpah kurnia-Nya; dan sememangnya Allah memberi rezeki kepada sesiapa yang dikehendaki-Nya dengan tidak terhitung. (al-Nur: 37 dan 38)

Daripada Abdullah ibn Amru berkata, pada suatu hari, Nabi SAW menyebut tentang solat dengan sabdanya: "Sesiapa yang memelihara solat maka baginya cahaya, petunjuk dan kejayaan pada hari kiamat. Sesiapa yang tidak memeliharanya, maka tiada baginya cahaya, petunjuk dan kejayaan. Pada hari kiamat, dia akan bersama Qarun, Firaun, Haaman dan Ubai ibn Khalaf". (riwayat al Tabrani dan Ibnu Hibban)

Daripada Abi Hurairah r.a berkata, aku mendengar Rasulullah SAW bersabda: "Apakah pandangan kalian, jika ada sebatang sungai di pintu rumah salah seorang dari kalian, dia mandi di dalam sungai tersebut pada setiap hari sebanyak lima kali. Adakah masih ada suatu kotoran yang tinggal pada badannya?" Sahabat menjawab, "Tidak ada suatu kotoran pun yang tinggal". Sabda Baginda SAW, "Begitu jugalah perumpamaannya dengan solat lima waktu yang dengannya Allah menghapuskan kesalahan-kesalahan. (riwayat al Bukhari dan Muslim)

Banyak lagi pengajaran yang terdapat dalam peristiwa Israk dan Mikraj terutamanya beberapa keistimewaan yang dikurniakan kepada Rasulullah SAW bagi menunjukkan kepada kita tentang ketinggian martabat Baginda SAW.

Semoga kita digolongkan di kalangan orang-orang yang celik mata hati sehingga kita dapat menghayati hikmah dan pengajaran di sebalik peristiwa agung, Israk dan Mikraj.

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS
Read Comments

gunakan akal fikiran sebaik mungkin.



"Gunakan akal anda seolah-olah nyawa anda bergantung kepadanya" ~ Hamba Allah




"Ilmu dan kepandaian itu adalah sahabat yang setia dalam hidup sampai kepada penghabisan umur" ~ Hamba Allah

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS
Read Comments

Kem Al-Biruni 2010


"Kalau tidak kerana semalam kita telah berusaha, bersungguh, bersabar dan berdoa, belum tentu hari ini kita akan berada di sini.





  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS
Read Comments

Mutiara Kata

"Ambillah waktu untuk berfikir, itu adalah sumber kekuatan. Ambillah waktu untuk bermain, itu adalah rahsia dari masa muda yang abadi. Ambillah waktu untuk berdoa, itu adalah sumber ketenangan. Ambillah waktu untuk belajar, itu adalah sumber kebijaksanaan. Ambillah waktu untuk mencintai dan dicintai, itu adalah hak istimewa yang diberikan Tuhan. Ambillah waktu untuk bersahabat, itu adalah jalan menuju kebahagiaan. Ambillah waktu untuk tertawa, itu adalah musik yang menggetarkan hati. Ambillah waktu untuk memberi, itu adalah membuat hidup terasa bererti. Ambillah waktu untuk bekerja, itu adalah nilai keberhasilan. Ambillah waktu untuk beramal, itu adalah kunci menuju syurga."


  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS
Read Comments